Posted on 1 Comment

Kenal Pasti Punca Bayi Menangis

BAYI menangis satu perkara biasa. Bayi sihat yang baru lahir juga akan menangis selama satu hingga tiga sehari. Jangan khuatir, sebenarnya ia menunjukkan proses tumbesaran yang sedang dilalui mereka berjalan lancer.

Oleh kerana tidak dapat berbuat apa-apa, mereka akan menangis sebagai petanda mahukan sesuatu seperti makanan, belaian dan keselesaan secukupnya.

Dalam beberapa hari pertama, bagi yang baru menjadi ibu atau bapa mungkin kurang mahir mengenal pasti keperluan mereka, tangisan itu kadangkala boleh melahirkan rasa bimbang.

Memudahkan lagi ibu memahami tangisan pertama hati, kali ini FAMILI menyenaraikan beberapa sebab dan punca bayi menangis.

1. Mahu Makanan.

 

Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil mungkin menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika itu, mereka hanya minum sahaja.

Jika mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar hal ini kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat di keluarkan dalam jumlah sedikit.

Anda juga mungkin sedar susu ibu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak makanan dan minuman. Jadi, bayi kerap lapar.

Jika bayi menangis, cuba berikan susu kerana berkemungkinan besar mereka sedang lapar. Bayi tidak akan berhenti menangis serta – merta, tetapi teruskan penyusuan jika mereka mahu. Selepas itu, mereka akan mula tenang apabila perutnya terisi.

Jika bayi sudah disusukan dan masih menangis, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

2. Ingin Keselesaan.

 

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau terdapat kotoran melekat pada baju yang mendatangkan rasa kurang selesa.

Jika lampin yang dipakai sudah basah, pasti bayi tidak selesa. Sesetengah bayi akan mula menangis apabila basah, mungkin kerana gatal dan rasa tidak selesa.

Jesteru, periksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin memberi keselesaan, maka ia sangat digalakkan apabila anak anda mula menangis.Mungkin juga lampin dipasang terlalu ketat atau ada perkara lain yang membuatkan bayi tidak selesa.

3. Faktor Cuaca.

 

Sesetengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasai udara menyentuh kulit dan lebih suka dibalut panas. Anda akan tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi bertenang semula. Berhati-hati supaya tidak memakaikan baju yang berlapis atau tebal bagi mengelak bayi panas.

Jika bayi diletakkan di atas katil atau dalam bakul bayi, gunakan cadar atau selimut yang berlubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah serta membuang satu lapisan apabila perlu.

Sentuh perutnya untuk mengetahui sama ada bayi rasa panas atau sejuk. Jika panas, bagi selimut nipis. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kaki mereka kerana biasanya bahagian itu agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual meter suhu. Anda juga boleh menggunakannya untuk memeriksa suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi pada 24 atau 25 darjah Celcius dan letakkan mereka bertentangan dengan kaki di hujung katil supaya mereka tidak tergolek sehingga tenggelam ke bawah selimut lalu menjadi  terlalu panas.

4. Mahu Dipeluk.

 

Sesetengah bayi suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang sudah membesar akan menjadi tenang jika boleh melihat dan mendengar suara ibu bapa mereka dalam bilik tetapi berbeza dengan bayi baru lahir.

Mereka lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda sudah memberi makan dan menukar lampin, selepas itu anda akan mendapati mereka hanya mahu dipeluk.

Segelintir ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung selalu, tetapi sebenarnya dalam bulan pertama selepas kelahiran, perkara ini agak mustahil. Semua bayi suka didakap atau dipeluk. Jika bayi mahu selalu didukung, cuba alat gendong bayi supaya rapat dengan anda dan anda bebas melakukan pekerjaan lain sambil menjaganya.

5. Perlu Rehat.

Ada bayi tidak suka terlalu banyak perhatian seperti orang ramai berada di sekeliling. Keadaan itu mengganggu masa tidur bayi. Bayi baru lahir sukar untuk mengurus rangsangan pada satu masa hingga boleh bertukar gelisah. Cahaya lampu bunyi bising dan saudara-mara yang masing – masing mahu menarik perhatiannya cukup membuat bayi resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi akan menangis lebih daripada biasa apabila saudara – mara dating melawat atau menjelang petang. Jika anda tidak dapat mengenal pasti sebab tertentu mengapa bayi menangis, ada kemungkinan bayi cuba memberitahu anda bahawa sudah tidak tahan dengan keadaan sekeliling.

Jika, bawa anak di tempat yang tenang dan senyap. Ini akan memberikan bayi mendapat ketenangan kepadanya dan tidur berkualiti.

6. Cuba Kaedah Urutan.

Mengurut bayi atau menggosok pada belakang dan perutnya secara perlahan boleh membantu menenangkan mereka daripada menangis. Jika anda nampak bayi seperti berada dalam kesakitan akibat angin, cuba berikan susu dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan lalu sandarkan di bahu anda.

Bayi yang menghidap kolik kadangkala rasa selesa jika perut mereka digosok dan anda pun akan berpuas hati keran sekurang – kurangnya sudah cuba membantu.

Sumber : Harian Metro (Isnin 16 April 2018)

Posted on Leave a comment

Panduan Pakar Ibu (Nurse’s) Semasa Tempoh Selepas Bersalin

Taniah Ibu, Umi, Mamy, Mama dan apa jua panggilan anda. Sekarang anda sudah memasuki alam keibubapaan (Parent). Tidak kiralah anda melahirkan baby dalam keadaan Pramatang, Normal, Bersalin dalam Air, atau Secara Pembedahan, ia akan berakhir dengan keputusan yang sama iaitu mempunyai baby yang berwajah yang manis dan comel, is tidak memenatkan mata bila memandang. Ok sekarang apa pulak perlu dilakukan selepas melahirkan baby, adakah terus tidur, makan atau apa?

APA DIHARAPKAN ATAU JANGKAAN SELEPAS TEMPOH BERSALIN

BABY ANDA MUNGKIN ADA HOT MESS ATAU LENDIRAN PADA BADANNYA… DAN ANDA AKAN MENYUKAINYA.

Seperti ibu-ibu lain yang sudah tahu, memiliki sesorang baby sangat berbeza dengan apa yang anda lihat di filem. Banyak baby yang baru lahir sihat atau mempunyai hot mess. Tetapi jika baby anda hot mess, dan mempunyai sticky vernix, darah, meconium, amniotic fluid dan apa-apa sahaja lendiran pada badan mereka, anda mungkin tak nak apa-apa melainkan mereka untuk mendapatkan sentuhan kulit ke kulit.

Sentuhan kulit ke kulit selepas bersalin adalah benda yang sangat betul kerana ia mempunyai kelebihan segera kulit ke kulit, termasuklah :

  • Mengurangkan baby menangis
  • Suhu badan baby lebih stabil
  • Kelajuan jantung dan juga pernafasan baby lebih stabil
  • Mencegah baby mendapat tekanan darah rendah
  • Mempercepatkan susu badan.

Jika anda menggunakan c-section, tidak bermakna baby anda terlepas semua itu. Bapa juga boleh membuat kulit ke kulit bila anda recover. Selepas anda beransur pulih terus melakukan aktiviti kulit ke kulit dan menyusukan baby.

BABY AKAN SANGAT ALERT SELEPAS LAHIR, DAN IA MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBERI SUSU BADAN.

Jika anda memilih menyusu badan, perlulah dilakukan secepat mungkin selepas bersalin kerana ia adalah satu pemakanan yang bagus.  Semasa lahir, seorang bayi dilahirkan dengan tahap tinggi katekolamina (satu hormon), iaitu sebab mengapa kebanyakan bayi baru lahir dilahirkan aktif dan berjaga-jaga, siap untuk belajar satu kemahiran baru dan kepada bon dengan ibu dan ayah.

TAK APA AMBIL MASA ANDA UNTUK PILIH NAMA BABY MEREKA.

Jangan bimbang terlalu banyak jika anda tidak mendapat respons pada mulanya biila anda bertemu bayi baru anda. Sesetengah ibu bapa telah memilih nama sejak membuat Scan ultrasonik 20 minggu kandungan, Selebihnya masih belum dapat nama sehingga balik dari hospital.

Sebenarnya nama ini memudah untuk penyiapan pendaftaran kelahiran sebelum meninggalkan hospital. Jika anda boleh, cuba fikir satu pilihan nama baby sebelum melahirkan kerana ia memudahkan proses-proses pendaftaran.

MENYUSU BADAN AGAK SUSAH PADA AWALNYA, TETAPI IA AKAN MUDAH SELEPAS ITU.

Belajar untuk menyusukan baby ia memerlukan latihan untuk kedua-dua ibu dan baby. Jika masih tidak boleh untuk menyusu dapatkan bantuan lebih pakar seperti :

  • Pakar-pakar penyusuan
  • Jururawat di hospital anda
  • Doktor yang memeriksa anda
  • Laman internet  yang berkaitan.
  • Kawan yang berpengalaman.

*Ini adalah sebahagian daripada artikel yang Joielle boleh kongsikan. Jika anda (Ibu) mahu lebih lanjut tentang artikel ini boleh DM (Instagram) atau PM (Facebook). Kami akan post lagi.*

Nantikan esok arikel lain ye…

Posted on Leave a comment

Senarai Persiapan Atau Untuk Ke Hospital

Ahh da nak dekat due..nak buat ape ne?? Nak bawak ape untuk ke hospital? ?

Mesti bakal ibu diluar sana tengah runsingkan macam mana nk pack barang untuk ke hospital kn?. Jadi Joielle akan bagi tips macam mana nak uruskan barang untuk di bawa ke hospital. Anda sebagai perempuan seharusnya fokus apa keperluan kita selain baby. Setiap ibu akan spend masa di hospital selama 1 – 2 hari selepas kita meletakkan diri kita dalam pengalamanan yang agak mencabar. Anda juga kene pastikan anda selesa dan perlu jaga diri.

Dibawah adalah list untuk anda bawa. Jika ada tambahan anda boleh saja tambah.

Senarai Bag Hospital

Momma

Keperluan Barang Mandi

  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi
  • Pencuci Muka
  • Pelembap / Viseline
  • Shampoo / Conditioner
  • Deodorant
  • Tuala

Pakaian

  • Pakaian Malam
  • Selipar
  • Stokin
  • Underwear
  • Pakaian Balik Rumah
  • Cardigan / Sweater
  • Kain Batik
  • Baju T shirt
  • Bra

Keperluan Badan

  • Nipple Balm by Joielle
  • Pad (Biskut Kering)

Baby

  • Baju Baby
  • Stokin, Topi, sarung Tangan
  • Kain Bedung

Randoms

  • Kamera & Charger (pilihan)
  • Phone Charger
  • Extension cord
  • Bag

Untuk Ibu

Keperluan Mandian :

  • 2 berus gigi untuk anda dan juga suami, supaya anda tidak membeli yang lain.
  • Bawa yang travel set seperti sabun, syampoo, conditioner dan dll, ini kerana dapat menjimatkan ruang dalam bag dan ia senang dibawa.

Baju

  • Bawa baju yang senang di pakai dan juga kain batik supaya senang pergerakkan.
  • Stokin jangan lupa supaya badan kita tidak masuk angin.
  • Bra dan juga perlu dibawa untuk keperluan. Pastikan bra tu besar sikit sebab payudara akan sedikit membesar kerana susu akan mulai keluar.

Random Keperluan

  • Kamera & Charger : Untuk SmartPhone kita jika tiada smartphone agak susah untuk kita hubungi sesiapa.
  • Bag : Bag yang kita akan bawa adalah bag kosong agar pakaian kotor kita atau lebihan makanan bolehlah dimasukkan di dalam bag ini.

Untuk Baby

  • Pakaian baby yang bersesuaian dengannya.
  • Sarung tangan, kaki dan juga kepala jangan lupa, sebab kadang – kadang kuku baby panjang takut tercakar muka die sendiri.

*Kadang – kadang sesetengah Hospital ada kelengkapan ini tetapi baik anda bawa untuk persediaan.*

Baiklah sampai situ sahaja tips yang Joielle boleh kongsikan. Joielle akan sharekan list ini dalam bentuk mudah print. Ok nantikan untuk infoseterusnyae ye…